Wednesday, June 13, 2012

Project Band.

Assalamualaikum, salam pembuka kata :)

PROJECT BAND ialah salah sebuah kumpulan muzik yang baru ditubuhkan pada awal bulan June haritu. Anggotanya terdiri daripada ATEP (Vokalist), HAMKA (1st Guitar), NABIL (2nd Guitar), EFFAH (Bassist) & FIFFY (Drummer). Nama kumpulan ni atas Idea 1st guitarist band fy, Iaitu HAMKA. haha masa ni kiteorg tengah buntu nak letak nama band apa auw, sebab ada audition digi. Then masa Otw nak pergi audition yang tak menjadi urh, kiteorg pk lah sesama. Jap lagi dalam masa 5 minit, sifu (HAMKA) kiteorg buka mulut dan dia berkata "Apa korang susah-2, letak aja lah nama PROJECT BAND". So, tanpa membuang masa, kami setuju saja dengan cadangan yang diberikan Itu tanpa sebarang bangkangan :)

Seterusnya, cerita bagaimana fy boleh dapat budak-2 ni semua. First sekali, SIFU kami iaitu HAMKA. Kami dapat dia dari mana? Hah tu haa dekat belakang masai. Dia buat busking dekat situ sorang-2 cari duit. Then satu haritu fy ternampak dia lah kan, pastu dalam hati ni cakap, 'Lahai kesiannya dia main dekat situ. Lebih baik aku amik dia jadi guitarist band aku lagi baguss'. Usha punya usha, dapat lah no telephone dia. Time tu audition digi pun nak dekat, cari lahh lineup. So terus terpikirkan dia niii. Then tanya dia apa semuaa, dia pun bersetuju :) Betapa gembiranya fy bila dia cakap dia setuju tu ann. hee then kiteorg pun berjumpa untuk Jamming :)

Next, VOKALIST & 2ND GUITAR. Budak diorang ni satu sekolah. Mumule vokalist kiteorg budak lain. Then time tu vokalist tu ada hal, so 2nd guitar ni mencadang untuk amik kawan dia untuk nyanyi. Then dia bawak lahh kawan dia datang jamming apa semua. Fuhh! Boleh tahan jugak suara dia. Ada ah jugak macam PEJAL TUHIR! HAHA joke joke :D Manager (Ayah) bersetuju untuk amik dia. Then kami pun prektis lah bagai nak rak! Cerita bassist & drummer, tak payah lah ea. Macam biasa lah, dari mula band ni ditubuhkan, kami berdua aja lah yang kekal. Yang lain semua bertukar-2. Kalau buat reunion untuk band an, memang penuh 4 5 meja auw. HAHA takpa lah, fy harap band yang baru ni kekal, Insyallah :)

Hubungan kami semua semakin Intim. Susah senang selalu bersama. Kalau salah je, tegur lah kesalahan sesiapa an. Gelak tawa bersama. Lahaii rindu lah pulak dekat korang ni :'/ Bila berjumpa, mesti ada je bende yang nak kene reject. Tak nabil, effah. Tak effah, amka. Tak amka, fyy -.- Atep jarang kene, sebab dalam band dia takda pasangan. Takpa tep, nanti fy cari penyanyi latar kay? Mwehehe. Insyallah hubungan kami sebagai keluarga, tak kan terpisah sampai bila-2. 

Akhir kata, fiffy sayang sangat dekat band ni. Jom lah kite pergi jaoh, kalau ada rezeki. Tau! Di bawah ni merupakan arrangement lagu yang nak bawak pergi digi, tapi tak jadi. HAHA Mentera Semerah Padi.


Selamat Menonton. Lagu medly.

By : Nurul Syafiqah Binti Suhaimi.


No comments:

Post a Comment